FARAH NORDIN here, THANKS FOR VISIT && PLEASE, COME AGAIN ♥ YOU!!

Tuesday, December 10, 2013

kenapa Allah pertemukan kita dengan orang yang salah

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar dan masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Thursday, September 19, 2013

Hidup Tidak Selalunya Indah

Assalamualaikum..

Kita hidup di dunia ini tidak akan selalunya indah.. Ingatlah dunia ini bulat.. sekali kita buat dekat orang beribu kali orang akan buat balik dekat kita.. mungkin hari ini kita berada di atas, kita tindas orang-orang bawah, kita mengata orang yang tidak sempurna, kita burukan orang semua, tapi kita kena ingat bila-bila masa pun kita boleh berada di bawah, boleh jatuh terduduk dan masa itu kita menyesal pun tidak ada gunanya lagi.. jangan terlampau seronok dan bangga dengan kehidupan dan keadaan kita sekarang di dunia.. kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku hari esok..

Monday, April 29, 2013

dunia kerjaya

Assalamualaikum..

hai semua...sihat ke??lama sangat rasa nya farah tak menaip blog yang usang nie..hampir setengah tahun kot..allhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi farah masih diberikan peluang untuk bernafas ni muka bumi ini..serius banyak sangat cerita yang farah nak kongsi kan dekat korang..

Untuk pengetahuan semua, farah telah berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dekat Politeknik Sultan Idris Shah, bulan 11 tahun lepas.. syukur sangat-sangat sebab farah berjaya menghabiskan pelajaran on time.. kira sudah 5 bulan juga farah habis belajar.. dan sangat-sangat bersyukur juga rezeki farah murah..habis belajar je farah hantar resume, di panggil temuduga dan di terima kerja.. adalah dalam 2,3 syarikat yang panggil bekerja..tapi farah pilih 1 je..iaitu Redajaya Sdn Bhd..

Redajaya Sdn Bhd, syarikat melayu, lokasi di Pusat Bandar Puchong..farah bekerja sebagai Programmer..syarikat ini syarikat melayu dan semua staff dekat sana pun semuanya melayu.. banyak farah pelajari dekat sana..staff dekat sana pun tak ramai..walaupun bekerja sebagai programmer tapi semua benda kena buat sendiri..kira multi tasking lah..dari buat dokumen, design, develop system, testing, jumpe client, vacuum lantai semua sendiri..dan farah berjaya lakukan..kira kalau tak tahu ke apa tanya lah yang lebih arif..walaupun farah telah bekerja, farah ada juga dapat temuduga kerajaan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat -Sambilan..dan allhamdulillah rezeki farah murah, di panggil untuk bekerja..tapi di sebabkan dah seronok bekerja dekat Redajaya dan farah pikir sana sambilan, maka farah tolak, dan memberi peluang tersebut dekat orang lain yang tiada pekerjaan.. dan allhamdulillah bila farah tolak, kawan 1 politeknik farah di panggil untuk menggantikan tempat farah..tapi jodoh farah dengan Redajaya tak lama, 4 bulan je..sebab farah dapat tawaran kerja lain dekat tempat lain..

Now farah bekerja di Xchanging Malaysia Sdn Bhd sebagai Test Engineer lokasi di Sentul West.. so far banyak benda yang farah dah belajar walaupun baru nak masuk 3 minggu..dekat sini ramai orang farah jumpa, dari pelbagai negara..rakyat Malaysia dalam Xchanging ini tak ramai, melayu lagi lah tak ramai..paling ramai dekat department farah, department Testing..department lain melayu ada tapi boleh kira dalam 2,3 org je..farah merupakan test engineer, jangan salah anggap farah masih bekerja dalam dunia it..tugas farah adalah menguji sistem..kira macam programmer develop 1 sistem, farah uji sistem tersebut berfungsi atau tidak, bila jumpa error farah bagitahu dalam 1 dokumen dekat mana terdapat error, atau yang tidak berfungsi itu..nanti programmer terima, programmer betulkan error dan farah uji semula, sampailah semua sistem berjalan lancar.. farah jaga projek ERL, tapi bukan sorang, by team..

ok lah sampai sini farah cerita ye..next time farah cerita lagi..bye