FARAH NORDIN here, THANKS FOR VISIT && PLEASE, COME AGAIN ♥ YOU!!

Monday, August 21, 2017

Pergi Yang Tiada Perganti

Assalamualaikum

Hari ni isnin 21 Ogos 2017, 
Seminggu sudah pemergian mu dalam hidup kami sekeluarga.. pergi yang tiada perganti.. mak abah kehilangan seorang anak perempuan.. kami adik beradik kehilangan kakak.. farzana kehilangan ummi.. athiyyah, alyaa dan anak-anak sedara yang lain kehilangan maklong.. kehilangan yang tidak akan kembali..
.
Rindu,
Rindu yang teramat sangat.. rindu senyumanmu, rindu suaramu, rindu menatap wajahmu.. bila rindu, ku kirim al-fatihah berserta doa-doa yang terbaik untuk mu di sana.. tenanglah disana, rehatlah disana, kerana kami sekeluarga tidak mampu lagi melihat penderitan yang dilalui dirimu.. kami sayangkan dirimu tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dirimu..
.
Sakit, 
Perkataan yang sering ku dengar dari mulutmu.. pergilah, kami sekeluarga dah redha, dah tak mampu nak melihat penderitaanmu, dah tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh dirimu.. 
.
Farzana,
Satu-satunya waris yang kau tinggalkan.. semoga farzana kuat untuk lalui semua ini.. diusia 9 tahun sudah kehilangan ummi.. tabahlah wahai anak sedaraku.. akan kami jaga sebaiknya warismu..
.
Nukilan untukmu: 

Nordiana Nordin 

28/12/1981- 14/08/2017 (10.10 pagi)
.
Al- fatihah

No comments: