
1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan..
-Dua hal ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi.. Dan kebanyakan hal-hal yang anda khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi.. It’s all only in your mind.
2. Buanglah dendam..
-kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri.. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut energy diri anda dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa korang.. Buang sahaja!
3. Berhentilah mengeluh..
-Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada.. Secara tidak sedar, anda telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat!!
4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu..
-Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu.. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam hal sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar..
5. Tidurlah dengan nyenyak..
-Semua masalah yang timbul tidak perlu dibawa tidur.. Hal tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai..
6. Jauhi urusan orang lain..
-Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya..jangan jadi busy body!!
7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu..
-Nikmati masa lalu sebagai kenangan.. Janganlah bergantung padanya.. Terus pandang ke hadapan.. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan masa lalu, & bukan boleh berpatah balik..
8. Jadilah pendengar yang baik..
-Ketika menjadi pendengar, anda akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain..pergunakan sebaik mungkin!!
9. Berfikirlah positif..
-Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif.. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif..jangan terus berpikir negatif, memudaratkan diri sendiri!!
10. Bersyukurlah..
-Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang membawa anda pada hal-hal yang besar.. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal yang besar dan selalu membawa anda kepada KEBAHAGIAAN saat anda sedang bersyukur.
13 comments:
yup betol la phat!!
miow~ sangat2 betul :D
http://sembil9n.blogspot.com/2010/12/murung.html
entry ni ade kaitan dengan farah pye~
@sembil9n::yup2 entry awk ada kaitan dgn farah punye..
setujuuuu
jgn berdendam..
@yot:yup2..suci kan diri..
nice sharing.. =) kene amlkn nie..
ye yunk..wjib amalkan!!
sgt sgt setuju ;D
bgus setuju..sila amalkan ok!!
moga happy selalu!!
setuju sangat :)
bunyi cam susah jer nak wat.
to Ain Zulaikha ::mari amalkan ye dear!!
to touya ::bunyi jew susah..tapi bile dah buat..balasan nya berbaloi ok!!
Post a Comment