FARAH NORDIN here, THANKS FOR VISIT && PLEASE, COME AGAIN ♥ YOU!!

Monday, April 29, 2013

dunia kerjaya

Assalamualaikum..

hai semua...sihat ke??lama sangat rasa nya farah tak menaip blog yang usang nie..hampir setengah tahun kot..allhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi farah masih diberikan peluang untuk bernafas ni muka bumi ini..serius banyak sangat cerita yang farah nak kongsi kan dekat korang..

Untuk pengetahuan semua, farah telah berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dekat Politeknik Sultan Idris Shah, bulan 11 tahun lepas.. syukur sangat-sangat sebab farah berjaya menghabiskan pelajaran on time.. kira sudah 5 bulan juga farah habis belajar.. dan sangat-sangat bersyukur juga rezeki farah murah..habis belajar je farah hantar resume, di panggil temuduga dan di terima kerja.. adalah dalam 2,3 syarikat yang panggil bekerja..tapi farah pilih 1 je..iaitu Redajaya Sdn Bhd..

Redajaya Sdn Bhd, syarikat melayu, lokasi di Pusat Bandar Puchong..farah bekerja sebagai Programmer..syarikat ini syarikat melayu dan semua staff dekat sana pun semuanya melayu.. banyak farah pelajari dekat sana..staff dekat sana pun tak ramai..walaupun bekerja sebagai programmer tapi semua benda kena buat sendiri..kira multi tasking lah..dari buat dokumen, design, develop system, testing, jumpe client, vacuum lantai semua sendiri..dan farah berjaya lakukan..kira kalau tak tahu ke apa tanya lah yang lebih arif..walaupun farah telah bekerja, farah ada juga dapat temuduga kerajaan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat -Sambilan..dan allhamdulillah rezeki farah murah, di panggil untuk bekerja..tapi di sebabkan dah seronok bekerja dekat Redajaya dan farah pikir sana sambilan, maka farah tolak, dan memberi peluang tersebut dekat orang lain yang tiada pekerjaan.. dan allhamdulillah bila farah tolak, kawan 1 politeknik farah di panggil untuk menggantikan tempat farah..tapi jodoh farah dengan Redajaya tak lama, 4 bulan je..sebab farah dapat tawaran kerja lain dekat tempat lain..

Now farah bekerja di Xchanging Malaysia Sdn Bhd sebagai Test Engineer lokasi di Sentul West.. so far banyak benda yang farah dah belajar walaupun baru nak masuk 3 minggu..dekat sini ramai orang farah jumpa, dari pelbagai negara..rakyat Malaysia dalam Xchanging ini tak ramai, melayu lagi lah tak ramai..paling ramai dekat department farah, department Testing..department lain melayu ada tapi boleh kira dalam 2,3 org je..farah merupakan test engineer, jangan salah anggap farah masih bekerja dalam dunia it..tugas farah adalah menguji sistem..kira macam programmer develop 1 sistem, farah uji sistem tersebut berfungsi atau tidak, bila jumpa error farah bagitahu dalam 1 dokumen dekat mana terdapat error, atau yang tidak berfungsi itu..nanti programmer terima, programmer betulkan error dan farah uji semula, sampailah semua sistem berjalan lancar.. farah jaga projek ERL, tapi bukan sorang, by team..

ok lah sampai sini farah cerita ye..next time farah cerita lagi..bye

7 comments:

Farahin Shahadan said...

Hye, lama tak singgah sini. Kita pun dah jadi engineer juga. Tapi tak sehebat awaklah. Kita customer service engineer je. Hihi

Farahin Shahadan said...

Lama tak singgah sini. Wah wah, jadi engineer dah sekarang. Sama lah kita, tapi tak sehebat awak :D

Anonymous said...

Hahaha.bgs kan kerja sbgi mutitasker ni dari segala sudut sume kne buat smpikan non related task pn mnjadi rutin huhuhu

Syafiza Eyja said...

cik farah.saya nk tanya .mcm mna awk apply keja tu ..tq

farah said...

ok dah berkurun baru nak reply.. awk skrng lagi hebat masih bekerjaya.. kita jadi suri rumah tempat kerja dekat dapur..hahaha

farah said...

haah bagus kerja multi task sebab macam2 kita boleh belajar.. so boleh lah kita gunakan untuk masa akan datang..

farah said...

kita tengok iklan dekat mudah.. send resume melalui email