FARAH NORDIN here, THANKS FOR VISIT && PLEASE, COME AGAIN ♥ YOU!!

Friday, December 9, 2011

Mengaibkan orang lain.

Assalamualaikum..


Allah tidak suka orang-orang Islam yang membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa". (Surah Al-Hujurat, ayat 12). 


Mengaibkan orang lain adalah haram dan dosa. Semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda-ganda dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Seksaan di akhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat.


Sikap suka mengaibkan orang lain adalah sikap mazmumah yang menjadi punca hati tidak bahagia.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan dir saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat".

Oleh itu, apabila kita mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang telah dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa. Janganlah kita terus menghukum dan janganlah kita terus mengaibkannya kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya telah diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Tiada manusia dimuka bumi ini yang tidak penah lari daripada melakukan kesilapan, maka janganlah kita mengaibkan orang lain..


Renung-renungkan dan selamat beramal..
Salam Jumaat..

No comments: